AlhamduliLlah, segala pujian hanya untukMu Ya Rabb! sepanjang hidupku sebagai seorang pelajar, Engkau telah mempertemukanku dengan hamba-hambuMu yg benar2 memberiku harapan utk aku meneruskan hidup ini serta menegakkan agamaMu. Keluarga (mama,ayah) adek-beradek, teman seperjuangan, Ashraf Shukran serta guru-guru. Mereka merupakan insan yg telah Engkau berikan untuk jangka masa yang pendek. Oleh itu, berikan kami dapat sama2 menegakkan agamaMu di muka bumiMu ini, Ya Rahman.
Walaupun baru sahaja beberapa bulan di kmb, Allah telah membuka pintu hatiku untuk menerima guru-guru di sini seadanya. Alhamdulillah. Aku benar2 kagum dengan mereka. Cara mereka mengajar, cara mereka menyusun butir2 ilmu untuk diberikan kpd kami, cara mereka berinteraksi dengan pelajar. SubhanALlah. Hal ini membuatkan aku teringat akan guru-guruku di MRSM Gemencheh. Rinduku kepada mereka hanya Dia sahaja yg tahu. Terima kasih Cikgu Norhaizad, Cikgu Umie, Cikgu Meor, Cikgu Shaza, Ibu!!, Cikgu Aida Fazlin, Cikgu Emy Lia, Cikgu Fauzi, Cikgu Rahisham, Cikgu Khairul, Sir Rakesh, Teacher Ina, Ustaz Razali, Ustaz Razi, Miss Cathy, Cikgu Ifa serta semua cikgu-cikgu mrsm gemencheh. Wajah-wajah kalian tidak akan pernah luput dalam kotak fikiran serta hati. Semoga kita bersua suatu hari nanti! InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment